Monday, November 25, 2013

KEMBALI KE UITM MACHANG, KELANTAN :)

 
 
 
 
 
Apa khabar smua??? Gadis harap2 smua blogger sihat ye... :). Dah lama kan Gadis tak post entry baru... Dah start blajar balik... Mula memainkan peranan sebagai seorang mahasiswi semula di UiTM Kelantan.. Bila dah jadi seorang plajar ni,, bizi r dengan kelas, assignment, tak lupa jugak dengan kokurikulum... Hari ni rasanya baru boleh dan rasa2 nak update blog ni.. 



Gadis ni bukannya seorang blogger tegar yang 24 jam mengadap laptop untuk update blog.. Selagi diri Gadis ni terikat dengan status mahasisiwi,,, selagi itulah Gadis tak sempat nak update blog ni... huhuhuhu. Semasa blog ni diupdate, Gadis baru je 3 hari menjejakkan kaki kembali ke UiTM Machang ni. Kembali untuk sesi November 2013-April 2014 dan skrg Gadis dah berada dalam semester 3. Alhamdulillah dapat lagi sambung belajar dan pointer exam pun smkin ok.. :).
 
 
Dah 2 kali x dpt kolej, nasib x menyebelahi Gadis untuk duduk kolej tapi dah buat rayuan kolej.. Kawan-kawan pun ramai yang tak dapat. So, buat sementara ni terpaksa la muka2 yang tak dapat kolej ni merempat, menumpang kat dorm yang tak berapa besar keluasannya.. huhuhuhu.. :'(. Nasib badannnnn.... Harap2 lulus rayuan kolej tu dan dapat duduk rayuan kolej semula. Gadis tak sanggup lagi nak duduk luar a.k.a rumah sewa yang ada kat luar pagar UiTM ni.. Kos tinggi dowhh... 
 
Memanglah best kalau duk luar kolej, tapi macam2 benda buruk yang akan berlaku. Petang tadi, Gadis pegi jenguk rumah sewa kawan yang berdekatan dgn UiTM. Gadis tengok ok lah jugak keadaan bilik diaorang tu.. Walaupun agak sempit, tapi boleh laa nak tido dengan selesa. Cuma diaorang takut sebab baru first time duduk luar kolej, malam tadi pun tak dapat nak lelapkan mata.. 
 
Kalau bab subjek untuk semester ni, agak mencabar minda dan keupayaan jugak.. Setakat ni baru kenal 2 orang lecturer dan dua2 nampak ok je,.. ^_^. Tapi Gadis dgn kawan2 harap dapat ikut semua sesi kuliah dan dapat belajar dgn baik sekali gus meningkatkan lagi pointer kiteorang.. =D.
 
Ok lah dulu, setakat ni je yang dapat Gadis kongsikan dgn pembaca blog Gadis dan blogger2. Mungkin lepas ni Gadis akan stop dulu daripada update blog..,, Nak pay attention for study.. :v. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Thanks for reading.... *_*
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...