Bobblehead Bunny

Sunday, April 29, 2012

Ape-ape jew... :D

Sebenarnya aku x tau nk tulis ape, tu sebabnya aku buat tjuk cmtu... Cuma yg ada kotak pemikiranku yg seberapa IQnya,, ialah mengenai prhimpunan "BERSIH" yg brlaku smalam. Aku tgk berita, dan aku masih x sangka masih ada sesetengah individu/golongan yg mahu menjejaskan keamanan negara.... Ape yg aku dgr, individu yg mencetuskan huru-hara trsebut ialah AMBIGA...


Aku mintak maaf klau2 entry post aku mungkin menyentuh isu politik dan perkauman... Aku masih lg x lyk utk berbicara mengenai isu2 sebegini dgn umurku bru setahun jagung. Tp x salah rasanya aku sekadar ingin menyuarakan ketidakpuasan hati aku tentang prhimpunan haram tersebut,,,,.... Kenapa mereka ingin menjejaskan keamanan negara kita dgn mengadakan prhimpunan haram sebegitu...??? Seingat aku prhimpunan haram ini prnah terjadi tetapi mereka masih tdak puas hati nampaknya....


Dalam berita semalam, aku tgk prhimpunan haram trsebut turut "menjemput" kanak2 dan kaum wanita yg aku tgk mungkin ada yg memegang status pelajar untuk menyertai prhimpunan trsebut.. Bg aku kanak2 sungguh tdk wajar diajak turut serta kerana ia akan menyebabkan fikiran mereka dipengaruhi oleh aktivirti yg tdk brmoral seperti itu dan akn merosakkan akidah mereka sendiri... Mungkin apabila mereka dewasa, mereka pula yg akn mengadakan kembali prhimpunan sebegini...

 Kenapa bila ada yg x puas hati dgn apa yg dilakukan pihak kerajaan,, ketidakpuasan hati itu mesti disuarakan dgn mengadakan perhimpunan haram atau demonstrasi??? Kenapa juga kita perlu mengikuti cara2 negara luar iaitu apabila timbul rasa tidak puas hati,, mereka mengadakan demonstrasi.....

Jgnlah menjejaskan nama baik negara dgn adanya perhimpunan haram begini..... Ia akan mencemarkan status negara aman di mata masyarakat antarabangsa dan mungkin akan menjejaskan aktiviti perlancongan naegara... Perhimpunan haram itu juga turut menjejaskan aktiviti perniagaan di sekitar kawasan yg trlibat.  Rata2 penyokong/peserta prhimpunan trsebut adalah kaum MELAYU,, seperti yg aku tgk dlm berita.. Sungguh memalukan aku rasa kerana kaum sebangsaku menyertainya..... :((








  p/s :- maaf dipinta skali lg jika ada yg x suka & x puas hati ngan post entry aku kli ni.....



Monday, April 16, 2012

Minatku kepada Novel

Antara novel-novel kegemaran... :)

Membaca novel salah satu drp hobi kegemaran aku. Dulu, aku minat baca novel2 yg bergenre cinta, sedih dan penuh ngan konflik permasalahan hidup. Tp sekarang, aku lebih brminat baca novel yg bergenre lucu, kata2 yg di mainkan oleh watak dlm novel tu berunsur komedi dan romantis. Bermula tahun 2011, seingat aku, telah banyak drama/filem diadaptasi drp novel2 karya penulis/novelis tanah air. Antaranya......





 Ada jgk antara novel terkenal, drp novel diadptasi menjadi filem. Pengadaptasian novel tersebut telah menimbulkan  beberapa kontroversi yg melibatkan penulis novel itu sendiri dan para pelakon filem tersebut... Novel yg aku maksudkan ialah...



Novel Ombak Rindu
Diadaptasi kdp "FILEM OMBAK RINDIU"








Pada pendapat aku, dengan membaca novel, aku lebih menghayati jalan cerita yg ditunjukkan digarapkan dlm sesebuah novel tu... Bila aku baca novel, aku merasa seolah2 aku yg menjadi watak dlm novel tu. Pling aku benci lau ada watak2 jahat,menyakitkan hati, mengjengkelkan dan yg seangkatan dengannya,,,, tp x lengkap dan x best jgk lau x ada watak2 sebegitu rupa kan????





Dengan baca novel jgk aku dapat macam2 info pasal dunia semasa dan perubahan/perkembangan dunia manusia drp pelbagai aspek... Dapat pengajaran drp pembacaan novel tu.... Sekarang ni aku telah menambah koleksi novel aku. Ada yg lama dan yg baru... Lps je beberapa minggu abis SPM, aku khatam balik novel yg x tau berapa kali aku ulang baca.. Sejak akhir2 ni, aku dh beli beberapa buah novel bru yg mengenjoykan aku bila aku baca. Ni aku muatkn beberapa novel tersebut....

novel pling "cool"....
romantis & very nice novel
baru dlm pembacaan...


Aku harap nk kumpul bnyk lg koleksi novel... Walaupun mungkin menyemakkan bilik aku, tp bila time aku boring aku layan novel jgk... Kepada sesiapa yg baca blog post pasal ni,, mohon share kt aku lau ada novel2 terbaru erk....




Kegilaan Korea Kembali!!!!

K-pop awards...

My feveret...
Also my feveret....
Itu antara prmulaan entry aku. Aku adalah antara peminat dunia k-pop ni... Aku minat ngan artis2 perempuan Korea yg cantik, anggun dan "hot", artis lelaki diaorang yg hensem, muka ala2 "baby face", memang comel. Masa aku kt sekolah menengah aku mula berminat ngan k-pop ni. Ting.3 aku mula ambil tahu sikit-sikit pasal dunia k-pop drp kawan2 dan internet. Aku x nak laa orang cakap yg aku ni tau apa2 pasal dunia hiburan atau dalam erti kata lain aku dikatakan "seperti katak di bawah tempurung".



Tp masa ting. 4&5 aku kurang laa ckit memikirkan hal ni sebab nk fokus pada exam...  Cuma kadang2 bila tension aku tgk jgk citer2 Korea...  Aku bukanlah seorang individu yg obses ngan dunia k-pop ni,, cuma suka-suki nk tau prkembangan semasa.. x salah kn????


Ad sesetengah individu tu yg obses sngt kepada k-pop ni sanggut berhabisan wang  ke siber kafe untuk mengetahui prkembangan semasa artis k-pop yg diminati.... (maaf kalau ad yg terasa ak tulis camni). 
Majalah k-pop

Lepas je abis exam SPM, aku mula mengup-to-date smula pasal k-pop yg aku pernah ketinggalan dulu... Blh dikatakan memang lepas exam aku asyik ngan komputer/lappy sebab nk tgk citer2 Korea. Kakak aku membebel pun,, aku buat x tau je... Sampai laa ke hari ini aku masih duk "usha2" citer2 Korea yg lama/baru.




Aku baru je tengok satu korean movie yg boleh dikatakan best jgk. Ad unsur komedi, serius dan lepas tengok movie tu aku terus surf google pasal korean movie and drama. Pertama aku buka www.maaduu.com. Lepas tu aku tgk kt mysoju.com. Ad laa beberapa citer yg menarik perhatian aku. X kiralah pasal lagu korea, filem/drama, artis2 k-pop ke, aura dan kuasa dunia k-pop ni mampu menarik perhatian semua orang di seantero dunia. Memang kuatkan aura mereka ni???  Aku suka dengar org korea ckp bahasa mereka sehinggakan aku rasa nk ckp jgk bahasa tu.... :) Sampai kt sini dlu aku coret pasal dunia k-pop ni...




Selamat malam..... zzzzzzzzz

Friday, April 13, 2012

Gempa bumi & amaran tsunami,,,,,,


Beberapa hari yg lalu seluruh negara digemparkan dan dikejutkan dengan gempa bumi dan amaran tsunami yg berlaku di Acheh, Indonesia. Gegaran gempa yg bermagnitud 8.9 skala richter itu turut dirasai di negara yg berdekatan dan negara kta jga tdk terkecuali. Namun, beberapa jam selepas itu amaran tsunami yg dikeluarkan ditarik balik. Seingat aku semalam pun ad berlaku gempa lagi dan meragut beberapa nyawa di Indonesia. Walaupun di tempat tinggal aku ni x merasai gegaran gempa tu, tapi perasaan takut tetap ad..... Ye laa org ckp,,, malang x berbau kan....


Mungkin penduduk di Indonesia sekarang ni berada dalam ketakutan dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk. Ia menakutkan mereka kerana mereka mengingati kembali tragedi hitam dan pahit yg pernah melanda Banda Acheh pd Disember 2004 dulu yg meragut ratusan ribu nyawa akibat gempa dan tsunami,,, dan mungkin mereka memikirkan adakah mereka akan melalui dan mengalami peristiwa hitam itu kembali???


Aku bersyukur di tempat tinggalku tidak mengalami bencana itu... Namun, aku terus berdoa dan berharap agar peristiwa seperti ini tidak berlaku di Malaysia dan negara-negara lain yg pernah terlibat dahulu..

Tuesday, April 3, 2012

Jalan - jalan Lagi.... :p

Semalam ak bru smpai kt KL, biasa r ikt kakak ipar kursus kt cni. Kali ni kakak ak yg blajar kt KT pn ikt skali sebab sekarang dia cuti semester. Pg semalam smpai, x smpat nk rehat, betul2 kn urat, apatah lagi nk sarapan... terus mak kpd kakak ipar ak ajk blik Melaka. Dia ajk pegi umah adik dia yg kita orang panggil mak lang. Sempat r jgk makan tengah hari kt umh mak lang. Ak makan sampai tambah 2 kali... Lapar derrr...


Lama r jgk stay kt umh mak lang tu... Lepas mak lang, kita orang pegi dkt MELAKA RIVER CRUISE. Kali pertama naik bot kt sini. Best jgk... Sepanjang sungai tu blh tgk macam-macam.. Antaranya rumah2 lama orang Melaka, tgk pelbagai lukisan yg dilukis pd dinding2 rumah, cntik dan kreatif hasil lukisan diaorang. Sepanjang sungai tu jgk kita orang melalui beberapa buah jmbatan seperti JAMBATAN KG. MORTEN, JAMBATAN HANG TUAH, JAMBATAN PASAR dan lain2.


Lupa nk catat, sebelum naik bot kena beli tiket dulu.. Lepas bli tiket bru boleh naik.  Ini antara beberapa keping gmbr yg sempat di ambil drp... google... hehehe... Gmbr sndiri ambil ada, cuma x di masukkan lagi dalam laptop...



kreatif kan??? kalau tgk dr dkt nmpak cam real....




Ada jgk terdapat hotel mewah di tepi sungai tersebut..Tp aku dh lupa nama hotel tu..


restoran pun ad....


Setakat ni dulu catatan percutian aku. Lau ad msa ak tulis lagi erk...

Take care....

Petang ni nk sambung ckit erk... Bukan apa, cuma nk tambah gmbr je....

anak saudaraku... teruja betul...

me.... muka penat....



my sister....

hotel CASA de RIO... bru ingt nama...

Jambatan Kg. Morten...

jauh sngt le amk gmbr... x nampak papan tanda 2...

Jambatan Old Bus Station

Jambatan Hang Tuah

Ok setakat ni dulu... x de nk tmbh2 dah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...