Bobblehead Bunny

Monday, November 25, 2013

KEMBALI KE UITM MACHANG, KELANTAN :)

 
 
 
 
 
Apa khabar smua??? Gadis harap2 smua blogger sihat ye... :). Dah lama kan Gadis tak post entry baru... Dah start blajar balik... Mula memainkan peranan sebagai seorang mahasiswi semula di UiTM Kelantan.. Bila dah jadi seorang plajar ni,, bizi r dengan kelas, assignment, tak lupa jugak dengan kokurikulum... Hari ni rasanya baru boleh dan rasa2 nak update blog ni.. 



Gadis ni bukannya seorang blogger tegar yang 24 jam mengadap laptop untuk update blog.. Selagi diri Gadis ni terikat dengan status mahasisiwi,,, selagi itulah Gadis tak sempat nak update blog ni... huhuhuhu. Semasa blog ni diupdate, Gadis baru je 3 hari menjejakkan kaki kembali ke UiTM Machang ni. Kembali untuk sesi November 2013-April 2014 dan skrg Gadis dah berada dalam semester 3. Alhamdulillah dapat lagi sambung belajar dan pointer exam pun smkin ok.. :).
 
 
Dah 2 kali x dpt kolej, nasib x menyebelahi Gadis untuk duduk kolej tapi dah buat rayuan kolej.. Kawan-kawan pun ramai yang tak dapat. So, buat sementara ni terpaksa la muka2 yang tak dapat kolej ni merempat, menumpang kat dorm yang tak berapa besar keluasannya.. huhuhuhu.. :'(. Nasib badannnnn.... Harap2 lulus rayuan kolej tu dan dapat duduk rayuan kolej semula. Gadis tak sanggup lagi nak duduk luar a.k.a rumah sewa yang ada kat luar pagar UiTM ni.. Kos tinggi dowhh... 
 
Memanglah best kalau duk luar kolej, tapi macam2 benda buruk yang akan berlaku. Petang tadi, Gadis pegi jenguk rumah sewa kawan yang berdekatan dgn UiTM. Gadis tengok ok lah jugak keadaan bilik diaorang tu.. Walaupun agak sempit, tapi boleh laa nak tido dengan selesa. Cuma diaorang takut sebab baru first time duduk luar kolej, malam tadi pun tak dapat nak lelapkan mata.. 
 
Kalau bab subjek untuk semester ni, agak mencabar minda dan keupayaan jugak.. Setakat ni baru kenal 2 orang lecturer dan dua2 nampak ok je,.. ^_^. Tapi Gadis dgn kawan2 harap dapat ikut semua sesi kuliah dan dapat belajar dgn baik sekali gus meningkatkan lagi pointer kiteorang.. =D.
 
Ok lah dulu, setakat ni je yang dapat Gadis kongsikan dgn pembaca blog Gadis dan blogger2. Mungkin lepas ni Gadis akan stop dulu daripada update blog..,, Nak pay attention for study.. :v. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Thanks for reading.... *_*
 
 
 
 

Sunday, April 28, 2013

FOLLOWER BERTAMBAH.... :) BORONG NOVEL BARU !!!!!! :D

 
 
 
 
First, Gadis a.k.a gAdis qLATE nak ucapkan syukur sebab follower blog Gadis sekarang dah bertambah kepada 107 follower setakat ni.... :) Tak sia-sia Gadis buat blog ni & jd blogger sejak 2011. Trima kasih jugak kpd blogger2 yang sudi follow blog Gadis yeaa... Maaf laa kalau Gadis tak sempat nak check comments korang. Bukan ape, Gadis bukannya selalu bukak blog ni macam korang yang selalu update blog2 korang tuu. Duk kat kampung biasa la,, line slow.. Lau nak update blog pun tak best kn???. Lagi pun Gadis tak de banyak masa nak bukak selalu. Mana nak uruskan rumah lagi, nak kena tengok-tengokkan anak sedara lagi... Tak sempat woooo.... huhuhu.
 
 
Hari ni tak tau la tersampuk angin kus-kus ape,, tiba-tiba hari ni update blog guna ganti nama "GADIS" selalunya guna "AKU"... Mungkin baru terasa kot ganti nama "AKU" tu agak kasar bunyinya... hehehehe.. Tapi ok jgk guna nama "GADIS", terasa sweet2 gitu. Gadis terkejut bila tengok follower bertambah lepas join 
 
 
 
 
 
dan beberapa lagi segmen lain. Tapi yang paling banyak comment kat entry segmen ni... Memang tak ku duga.. o.0 Sampaikan inbox pesbook dengan e-mail banyak giler... Lenguh tangan tak payah cakap la, duk gerakkan mouse nak check satu-satu... huhuhuhu. By the way, best jugak bila banyak follower. Dapat tambah kenalan baru sekali ^_^. Paling best sekali bila ada follower/blogger yang satu negeri dengan Gadis... Negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Kelate. 
 
 
Di kesempatan ni jugak Gadis nak sharing2 ngan korang ape yang Gadis buat kelmarin. Pagi kelmarin Gadis keluar ikut kakak ngan mak pegi Kota Bharu, cari barang rumah. Lepas tu, Gadis bagitau kat kakak nak singgah Muda Osman nak tebus guna Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M). Dah alang-alang keluar kan... On the way nak balik kita orang singgah kat SMO Pasir Mas. 



hanya contoh yeaa....       
 
 
 Bila sampai kat SMO dalam kepala otak dah setting nak beli novel... hehehe. Anak sedara Gadis pun ikut beli buku guna baucar Gadis... Bahagian pertama yang dituju ialah bahagian novel... Blink2 mata tengok novel.. Maklumlah, Gadis ni salah sorang hantu novel, kaki novel dan gelaran yang seangkatan dengannya.... hahaha... Bila tengok novel2 yang ada atas rak2 situ memang tak tau nak amik yang mana.. Rambang mata dibuatnya,, sampaikan kakak2 & abang2/kakitangan SMO duk tengok2, jeling2 kat Gadis... Agak2 dia orang duk pikir,, "budak ni nak beli novel ke nak tengok novel????" hehehe...
 
 
 
So, selepas beberapa kali duk keliling rak novel tu,, akhirnya jumpa jugak novel yang Gadis cari.. Gadis pun beli lah novel yang pernah Gadis baca kat http://www.penulisan2u.my/. "SUAMI TAK KUHADAP", "PROJEK MEMIKAT SUAMI" dan 2 buah novel lagi menjadi sasaranku... hehehe.
 
 
 

 

Sebenarnya, novel lain yang nak dibeli, tapi tak de pulak novel tuu... So, Gadis beli lah novel2 ni.. Jalan penceritaan dalam novel2 ni best. Sekarang pun tak tahu nak baca yang mana satu. Membaca novel ni salah satu hobi & minat Gadis. :) Kakak pun berkongsi minat yang sama, tapi tak de la sanggup beli & buat koleksi macam Gadis. Suatu hari, mak pernah tegur Gadis,, "sudah-sudah la menghabiskan duit beli novel tuu,,,.. simpan duit beli buku untuk belajar.." 
 
 
Memang betul ape yang mak cakap. Tapi anak mak yang sorang ni lain... Dah ini hobi & minatku,, nak buat macam mana.... Lagi pun,, bukannya setiap hari, setiap bulan Gadis keluarkan duit beli novel.. Beli pun sebab ada BB1M.. ^_^. Omak jangan la marah kat eden mak yoo,,, hihihihihi. Sementara masih cuti, boleh laa Gadis baca.... 
 

Ok lah dulu,, setakat ni dulu yang dapat Gadis update.. Kalau ada masa terluang, Gadis update pulak yeaa... ;) Trima kasih skali lagi kepada blogger2 yang sudi follow & memberi komen yeaa. Kalau ada yang Gadis tak follow/follow back atau tak sempat nak balas comments,, gadis mintak maaf banyak2.... 

See u olls later... =D













 
Thanks for reading.... *_*

Friday, April 19, 2013

CUTI??? NAK BUAT APE ERKK??? GOYANG KAKI KAT RUMAH.... HAHAHAHA

 
 
 
 
 
 



 Hai semua.... Dah lama rasanya aku tak bukak blog aku ni. Tak buat entry bru..... Nak buat camne,, masa terhad. Maklumlah,, nama pun student kn.... hehehe...

Sekarang ada banyak masa sebab now aku tengah cuti pnjang.... Dah nak dekat 3 minggu rasanya aku duk goyang kaki, tido, makan & adalah aktiviti sampingannya tuuu.... hahahaha... Sebenarnya, aku baru habis final exam SEM 1 beberapa mnggu yang lalu. 

Course IM110 (DIPLOMA IN INFORMATION MANAGEMENT) yang aku amik habis awal examnya drp course2 lain. Mana tak habis cepat, orang lain 1 subjek 1 hari,,, IM110 SEM 1 ni 2 subjek 1 hari. Memang penat kepala otak ngan badan ni... Bagi aku semua subjek yang ada adalah "killer subject".... huhuhuhu

 Tapi aku harap & berdoa semoga aku n kawan2 dpt result yang cemerlang sekaligus kita orang dpt smbung SEM 2 dan semester2 yang seterusnya... AMINNN.... :) Aku ada post dalam fb, baru seminggu balik rumah, dah rindu kt UiTM ngan kawan2... <3 <3.. Macamlah, tak leh jumpa lagi kn.... hehehehe...

Seriously, aku rindu kat korang sume... huhuhuhu. Tak tau nak buat ape dalam cuti2 camni. Bosan tahap dewa-dewi... hahahah. Yela,, nak jumpa ngan kawan macam kt U tak leh.. Memang ada kawan satu kampung, tapi tak de laa jumpa tiap-tiap hari... 

Aktiviti masa cuti???


Relax jee... hahahaha




Feveret nii.... *kantoi*



 
Tapi, tak de la makan bnyk cmtu yee.... *gambar sekadar hiasan*
Aktiviti lain ada jugak.. Kerja sambilan, jaga anak2 saudaraku yang comel lote.... ^_^. Boleh temankan mak kat rumah sekali.. =D. Kawan2 aku maybe ada yang kerja,, kalau tak kerja maybe jadi macam aku jugak kot.. hihihihi. Rasanya nak dekat 2 bulan aku duk kat rumah niii. Lama tuuu... Tapi rasa bosan kurang la sikit sebab ada laptop ni, tgk movie, layan fb, dengar lagu...  

Dulu2 kalau cuti, ada la jugak pegi bercuti... Abang ngan kakak bwk... Tapi sekarang, masing2 sibuk kerja.... So, bercuti kat rumah je laa... Oklah setakat ni dulu yang dapat aku kongsikan dengan korang sume... Nanti kalau aku ada buat ape2 aktiviti dalam cuti ni aku buat entry baru pulak erkk... 

Kepada kawan2 aku dan mana2 student di seluruh Malaysia ada yang turut bercuti panjang "SELAMAT BERCUTI YEE!!!!". Ohhh,, satu lagi, kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, "SELAMAT MENGUNDI". Jalankan tanggungjawab anda yee... Aku belum cukup umur lagi nak mengundi,,, hahaha..














HAPPY 
 HOLIDAY 
SEMUA.....!!!!! 
^_^












 
Thanks for reading.... *_*
 

Saturday, February 23, 2013

First Time Join Dinner Event..... ^_^

Walaupun dah nk msuk lewat malam, aku still nak mencoret sikit cerita dlm blog aku ni... Nak tido, mata pun tak ngantuk lagi... Kali ni aku nak sharing something ngan korang. 


Beberapa hari yang lalu, aku ada join satu event yang dianjurkan oleh IMAGE a.k.a FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT. Event tu ialah IMAGE ANUUAL GRAND DINNER kat TOK AMAN BALI BEACH RESORT, TOK BALI. First dapat tahu ada dinner, duk timbang2 nk pegi ke tak.... Last2 ada kawan suggest suruh daftar.   So, aku ngan 2 orang kawan aku daftar lah..... Lepas daftar terfikir jugak camner la dinner tu nanti.... Maklumlah first time nak join dinner... hehehe




Tok Aman Bali Beach Resort


Sampai je hari nak pegi dinner tu, kawan2 aku yang tak pegi sibuk jeles sebab dia orang cakap rugi tak daftar..... huhuhu... Sori kalau u olls terasa apa yang tulis ni my lovely buddies.... ;).. Petang tu, dalam jam 5 lebih, kita orang gather kat medan ilmu. Dari kolej, kita orang naik tenggiling... Bila sampai di medan ilmu, aku dapat tengok ramai yang pakai dress yang boleh dikatakan cantik2 belaka.... Tapi yang penting, dress yang kita orang semua pakai adalah dress labuh yee or dalam kata lain menutup aurat..... ^_^.




posing dulu sebelum naik bas... hehehe



Dalam jam 6 lebih baru kita orang bergerak meninggalkan perkarangan medan ilmu UiTM dengan menaiki bas. Bila sampai kat resort tu, kita orang diarahkan untuk solat maghrib dulu.. Solat mesti diutamakan... :). Lepas tu, kita orang kena daftar and masa daftar, exco IMAGE ada bagi keratan kertas macam ni,,,,,


untuk cabutan bertuah,,, tapi aku tak dapat....  :(



First tengok resort tu,, aku terus teringat... Jalan nak resort banyak kali dah aku dengan famili laluinya.... Daripada atas jambatan, dapat tengok resort tu,, memang cantik..... Anak2 sedara aku sering tanya ayah dia a.k.a abang aku,, "bila nak cuti kat resort tu???"... Last2 aku yang sampai situ.... hehehe...


Sebelum masuk dewan besar kat situ, sempat lagi aku ngan kawan aku bergambar.... hihihihihi...
Take a picture a few time.... "SMILE.... :)"









Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan tu,,,,, terpegun la kejap... Dewan tu besar,,,, tak pernah aku masuk dewan besar macam tu... Tambah pulak ngan dekorasi dalam tu... Sepanjang event tu berlangsung, macam2 aktiviti ada... Antaranya forum diskusi antara student IM110 UiTM Machang dengan Dekan UiTM Puncak Alam... Macam2 perkara yang didiskusikan.... Ada cabutan bertuah, nyanyian drp student2 senior, and ada jugak "fashion show"..... Menarik jugak dinner malam tu,,, memang tak rugi aku ngan kawan2 join... ^_^. Sambil2 "melantak" makanan yang dihidangkan,, boleh tengok acara yang sedang berlangsung.... Memang happening..... :)


Sebelum balik,, sempat lagi kita orang bergambar... Yela,, jarang2 dapat join event dinner macam ni... Tambah lagi kat resort,, walaupun dalam negeri sendiri.... Rasa bertuah badan dapat merasai pengalaman pegi dinner....



Sebelum balik,,, ambik gambar kenangan... :)
*gambar tak berapa clear*


Saturday, February 2, 2013

I Enjoy My Student's Life Very Well.... :)

 
 
 
 
 
 
 
Rindunya kt my lovely blog ni. Lama dah tak update. Maklumlah sejak  dapat sambung belajar... ^_^. Ni pun curi2 masa update blog, padahal assignment berlambak depan mata... hehehehe. Sejak aku "terjebak" dengan DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT @ IM110, memang best course ni,, sebab tak de subjek math tapi agak memenatkan sikit... Assignment berlambak2, sampai tak tahu nk start buat yg mana satu... huhuhuhu.


Bila dah masuk diploma ni, kena kuatkan mental and fizikal sebab kena join bnyk club and persatuan... Kena blajar kawad... Tapi Kor yg aku join ok sikit drp Kor yg kawan2 aku join... Aku dpt KESATRIA NEGARA..... :). Ada yg cakap, lau masuk KESAT...,, nnti bila nk masuk part 2 blh tukar... Bestnyaaaa... :D.. Kawan2 aku merungut bila dapat tahu aku dapat KESAT.. Padahal isi borang sama-sama... Walaupun aku tak berapa minat bab2 kawad,,, tapi terpaksa lah kena "hadap" jugak... huhuhuhu...


Dalam masa yg sama, aku kena kejar and kutip seberapa bnyk KUPON... Nak tau kenapa???? Sebab ia adalah bekalan untuk aku supaya dapat duduk kolej lagi bila dapat masuk Semester depan.... ;). Penting tauuu..... Aku tak ready lagi nak duk rumah sewa... Walaupun ada kakak dan abang senior promote aku ngan kawan pasal rumah sewa... "ONGKOSNYA BELUM CUKUP DONGGGG"...hehehehehe...



 Dlm seminggu ni berlangsungnya "FESKO" di UiTM Machang ni.... Time ni laa aku dapat kutip bnyk kupon... Rugi klu tak join program2 yg diorang buat.... Bkn apa, klu tak join, tak leh kupon... hahahaha... *matakuponbtullahakuni*...
Hari ni last day,,, hrap2 mlm ni ada kupon for mlm penutupnya.... Kejap jer rasanya. Dan esok, bermulalah semula sesi kuliah.... Tapi tak pe,, lps ni dh nk cuti. Horreyyyyyy.... ^_^. Sesungguhnya,aku gembira dengan kehidupan aku sekarang, *as a university's student*. Ada kawan2 yg memahami and "happening" giler2.... :p




Ok lah, stkat ni dlu... Sebenarnya bnyk lagi nak tulis tapi aku ada hal.... Lain kali aku update lagi... Insyaallah... :D







Thanks for reading.... *_*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...